December 24, 2010

Istana 'Bukit' yg nian bunian...


Minggu lepas, team jarijemariEVENTS merelisasikan impian 'sang Puteri'.
Walaupun minggu tersebut agak occupied dgn activity peribadi anak2 sempana cuti sekolah,
& jemputan jamuan bersama anak2 yatim di rumah parents Khushairy pada hari Sabtu tu,
tapi...syukur Alhamdulillah semuanya tetap berjalan dengan lancar.

Kita layan gesekan biola ni dulu...

video

Dekorasi ala-ala Bunian dihari itu:

*Siling Deco
(untuk 'kesan khas' spt dlm video kat atas, sila turn on kipas angin... hehehe)
*Living Hall Deco
*Entrance & Wall Deco
Sang Puteri & Pari-pari ~kanan sekali:pemain biola~ :)

  Ribuan terima kasih atas kepercayaan jari-jemari yang sepuloh ini,
seluruh warga kerja jjE mengucapkan
SELAMAT ULANG TAHUN
moga dipanjangkan umur, murah rezeki, mengecapi kejayaan dunia & akhirat
dan sentiasa dirahmati Allah SWT




'Majlis Impian Anda Direalisasikan Di Sini...'

December 13, 2010

Fans mu, Fans ku jua... boleh???



Salam semua... semoga sihat2 selalu.

Walaupun awalnya ala2 tak pandai nak create, tapi akhirnyaaa!!!
setelah diperkenan, dengan ini dimaklumkan

jeng.. jeng.. jeng...
.
.
.
.
.



*gambar dari pakcik Google


jarijemariEVENTS dah ada Fan Page!!! hoyeeyy2x
*sambil lompat teruja ala labi2 yg comel :)

Created under 'Local Business' yer, bukan under 'Celebrities' ekekekek.
Harap you olls semua sudi la klik 'Like!' di siniMeriah la sikit FPage kitorang tu nanti.

Kita jumpa di sanaaa!!! 
Bukan apa... kitorang pon nak gak merasa Fpage yang semeriah FPage Fasha Sandha.

*peace*


December 9, 2010

'Centerpiece' yang di 'center'


Assalamualaikum & Hello semua...
Antara dekorasi penting dalam sesebuah majlis (especially majlis kahwin),
selain daripada hiasan pelamin, 'Centerpiece' juga selalu diberi perhatian.

'Centerpiece' ialah dekorasi utama yang diletak di tengah susun atur meja.
Gubahannya terdiri dari bunga-bungaan, buah-buahan dan pelbagai item-item dekorasi  yang lain.



Dekorasi 'centerpiece' yang minimalis oleh jarijemariEVENTS
menggunakan gabungan artificial & fresh flowers.


Wedding cake oleh Berryliciouscakes dengan hiasan bunga segar.


*pictures credit to: EpalHijau & Ezam




'Majlis Impian Anda Direalisasikan Di Sini...'

December 8, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum semua....
Semalam Public Holiday sempana Awal Muharram 1432h.
Team jarijemari ambil kesempatan awal pagi me-recce, pemborong local & imported
fresh flower disekitar Klang Valley.
*maaf terlupa amik gambar pulak ngeeehhh

Follow siaran langsung dari PICC tuk Perhimpunan Maal Hijrah via Radio Klasik Nasional huhuhu...
*kami berjiwa klasik... tapi SUMPAH!, kami masih muda remaja.... LoL 

SALAM MAAL HIJRAH 1432h
buat semua muslimin & muslimat...
mukminin & mukminat...


December 1, 2010

Coming Soon: Indah Nian ala-ala Istana Bunian...


Salam semua...
Disember adalah bulan yang saban tahun dinantikan.
Selain tak sabar menyambut ketibaan 2011, bulan ini penuh dengan majlis keraian.
Maklum la.. hujung tahun. Macam-macam jemputan diterima, perkahwinan, pertunangan, khatam Alquran, kenduri akiqah, cukur jambul, berkhatan & lain2...

Skrg ni team jarijemariEVENTS tgh busy dgn beberapa projects.
Soon... untuk merealisasikan dekorasi majlis yang bertemakan.... Alam Bunian.
*ni sah ter-influence dgn cerita Sumpah Bunian ala yang pelakonnya Nora Danish tu*

Wahhh! lagenda sungguh. Seram sejuk pun ada...

*sumber: Raja Bunian Google


Sedang dalam proses sketching, kumpul material & etc... Agak teruja nih! hehehe
Nantikan di post akan datang...

*entry ni pun ditulis sambil dengar lagu P.Ramlee ekekeke... nak amik feel katanya :p



‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’