December 24, 2010

Istana 'Bukit' yg nian bunian...


Minggu lepas, team jarijemariEVENTS merelisasikan impian 'sang Puteri'.
Walaupun minggu tersebut agak occupied dgn activity peribadi anak2 sempana cuti sekolah,
& jemputan jamuan bersama anak2 yatim di rumah parents Khushairy pada hari Sabtu tu,
tapi...syukur Alhamdulillah semuanya tetap berjalan dengan lancar.

Kita layan gesekan biola ni dulu...


Dekorasi ala-ala Bunian dihari itu:

*Siling Deco
(untuk 'kesan khas' spt dlm video kat atas, sila turn on kipas angin... hehehe)
*Living Hall Deco
*Entrance & Wall Deco
Sang Puteri & Pari-pari ~kanan sekali:pemain biola~ :)

  Ribuan terima kasih atas kepercayaan jari-jemari yang sepuloh ini,
seluruh warga kerja jjE mengucapkan
SELAMAT ULANG TAHUN
moga dipanjangkan umur, murah rezeki, mengecapi kejayaan dunia & akhirat
dan sentiasa dirahmati Allah SWT




'Majlis Impian Anda Direalisasikan Di Sini...'

December 13, 2010

Fans mu, Fans ku jua... boleh???



Salam semua... semoga sihat2 selalu.

Walaupun awalnya ala2 tak pandai nak create, tapi akhirnyaaa!!!
setelah diperkenan, dengan ini dimaklumkan

jeng.. jeng.. jeng...
.
.
.
.
.



*gambar dari pakcik Google


jarijemariEVENTS dah ada Fan Page!!! hoyeeyy2x
*sambil lompat teruja ala labi2 yg comel :)

Created under 'Local Business' yer, bukan under 'Celebrities' ekekekek.
Harap you olls semua sudi la klik 'Like!' di siniMeriah la sikit FPage kitorang tu nanti.

Kita jumpa di sanaaa!!! 
Bukan apa... kitorang pon nak gak merasa Fpage yang semeriah FPage Fasha Sandha.

*peace*


December 9, 2010

'Centerpiece' yang di 'center'


Assalamualaikum & Hello semua...
Antara dekorasi penting dalam sesebuah majlis (especially majlis kahwin),
selain daripada hiasan pelamin, 'Centerpiece' juga selalu diberi perhatian.

'Centerpiece' ialah dekorasi utama yang diletak di tengah susun atur meja.
Gubahannya terdiri dari bunga-bungaan, buah-buahan dan pelbagai item-item dekorasi  yang lain.



Dekorasi 'centerpiece' yang minimalis oleh jarijemariEVENTS
menggunakan gabungan artificial & fresh flowers.


Wedding cake oleh Berryliciouscakes dengan hiasan bunga segar.


*pictures credit to: EpalHijau & Ezam




'Majlis Impian Anda Direalisasikan Di Sini...'

December 8, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum semua....
Semalam Public Holiday sempana Awal Muharram 1432h.
Team jarijemari ambil kesempatan awal pagi me-recce, pemborong local & imported
fresh flower disekitar Klang Valley.
*maaf terlupa amik gambar pulak ngeeehhh

Follow siaran langsung dari PICC tuk Perhimpunan Maal Hijrah via Radio Klasik Nasional huhuhu...
*kami berjiwa klasik... tapi SUMPAH!, kami masih muda remaja.... LoL 

SALAM MAAL HIJRAH 1432h
buat semua muslimin & muslimat...
mukminin & mukminat...


December 1, 2010

Coming Soon: Indah Nian ala-ala Istana Bunian...


Salam semua...
Disember adalah bulan yang saban tahun dinantikan.
Selain tak sabar menyambut ketibaan 2011, bulan ini penuh dengan majlis keraian.
Maklum la.. hujung tahun. Macam-macam jemputan diterima, perkahwinan, pertunangan, khatam Alquran, kenduri akiqah, cukur jambul, berkhatan & lain2...

Skrg ni team jarijemariEVENTS tgh busy dgn beberapa projects.
Soon... untuk merealisasikan dekorasi majlis yang bertemakan.... Alam Bunian.
*ni sah ter-influence dgn cerita Sumpah Bunian ala yang pelakonnya Nora Danish tu*

Wahhh! lagenda sungguh. Seram sejuk pun ada...

*sumber: Raja Bunian Google


Sedang dalam proses sketching, kumpul material & etc... Agak teruja nih! hehehe
Nantikan di post akan datang...

*entry ni pun ditulis sambil dengar lagu P.Ramlee ekekeke... nak amik feel katanya :p



‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

November 29, 2010

Barang HOT untuk diSEWA



Assalamualaikum & salam sejahtera viewers, bersua lagi kita.

Dalam sesebuah majlis perkahwinan, adakala...‘personal touch’
dari bakal pengantin itu sendiri, sanak saudara, & sahabat handai semestinya membawa
1000 pengertian buat mempelai.

Oleh itu kami amat memahami sekiranya ada diantara bakal2 mempelai di luar sana,
yang mahu merancang & melaksanakan sendiri hari bahagia mereka
tanpa bantuan wedding planner. Syabas diucapkan.

Untuk mengelakkan bakal2 pangantin mengeluarkan budget yang besar,
semata-mata untuk membeli beberapa alatan penting yang hanya diguna pakai sekali sahaja, kami di sini ada beberapa barangan untuk disewa yang mungkin menjadi pilihan anda.
 
 
Exclusive Alas Pahar untuk hantaran
Quantity available: 9 sets
RM 14.00 per set


Flower stand, 2ft (H), white (2 units) = RM 80.00 per unit
Flower stand, 3ft (H), white (2 units) = RM 100.00 per unit
* with DECORATIVE BIRDCAGE & flowers decoration mengikut tema warna (artificial flowers ONLY) 


Terma & syarat sewaan:
  1. Tertakluk pada availability.
  2. Barang sewaan boleh diambil seawal 2-3 hari sebelum majlis.
  3. Wang cagaran (refundable) berserta charge sewaan perlu dibank-in sebelum mengambil barangan. Wang cagaran akan dipulangkan sekiranya barang sewaan dikembalikan tanpa sebarang kerosakkan. 
  4. Barang sewaan hendaklah dipulangkan mengikut jangka masa yang telah dipersetujui. Sekiranya lewat, charge harian akan dikenakan.


Yes! Dengan hanya menyewa...
kan tak perlu pening kepala fikir tentang ‘storage’mana nak simpan barang-barang tu semua.

Dengan hanya menyewa...
pun masih dapat merealisasikan majlis yang diimpikan.

Dan yang paling penting dgn hanya menyewa...
ia membantu anda berjimat! Yup! lebih baik sewa saja!



Sekiranya berminat, feel free tuk email/ call/ SMS untuk pertanyaan.
Lily 019- 3149135
Lina 012- 3716521
Bank details akan dihantar melalui SMS

p/s: *more items for rental will uploaded from time to time.




‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

November 20, 2010

TERBARU: Make-up service



Assalamualaikum semua... & salam sejahtera,

Alhamdulillah... jarijemariEVENTS telah mengorak setapak ke hadapan lagi
dengan menyediakan khidmat make-up, khusus untuk majlis Pertunangan & Perkahwinan.
Kolaborasi mantap yang dijalinkan bersama Mizz Sasha Kamal (trainedmake-up consultant) ni,
bakal menawarkan harga yang sangat-sangat berpatutan untuk setiap sesi.

Untuk Engagement/ Perkahwinan:-
 Engagement/ Nikah~ RM 250
Resepsi~ RM 350
Bridesmaid~ RM 110
*rate promosi sah sehingga 31 March 2011 & mengikut terma & syarat


*more pictures will be uploaded soon

Jika berminat untuk mendapatkan khidmat make-up ini, mcm biasa lah,
hanya perlu call/ SMS kami, email pon OK!




‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

November 18, 2010

Ber-Korban Apa Saja


Assalamualaikum & Very good day to you all.

Lama tak buat entry baru kan5x??? Kesian kat semua readers especially 3 followers blog nih,
menanti2 agaknyer bila la new entry nak naik. HAHAHAhahah...
>sila abaikan kalau korg tercium bau2 masam perasan kat statement nih yerrr
baru 3org jer dah kecoh kan! wakakaka..*peace*

Actually entries baru byk dah buat, cuma xpublished jerrr. Ntah nak tunggu hapa ntah.
Harap entry2 yang diperam tu tak basi la yer.

Semalam 10 Zulhijjah 1431, so kita semua hari ni berada dalam hari Tasyrik sehingga lusa (13 Zulhijjah)... belumlah terlewat nak ucapkan..

SALAM AIDIL ADHA
khusus buat semua silent readers, potential clients semua. :)
minta maaf andai ada salah silap di mana-mana... 
Semoga apa saja pengorbanan yang dilakukan sepanjang tahun ini & tahun2 mendatang,
samada untuk diri sendiri, keluarga, dan masyarakat amnya adalah ikhlas kerana Allah.
*tetiba plak xsabar nak tunggu Haji & Hajjah balik dari Mekah...

Seminggu ni, menu atas meja semua yang berasaskan daging saja la gamaknyer.
Alhamdulillah

*gambaran tuk dinner mlm ini... :D (ehsan pakcik google)


 Tak lupa buat kesemua mangsa banjir di utara & timur tanah air,
pasti pengorbanan yang berbeza yang ditempuh.
Semoga dgn bantuan yang diterima dari pelbagai pihak, dapat membantu dalam meneruskan kehidupan...
(mode insaf: bersyukur sangat2 xpenah melalui waktu2 sukar sebegitu)


November 1, 2010

PROMOSI: Gubahan Hantaran


Wahhh lagi 2bln lagi kita bakal menyingkap tirai 2011.
Pasti kesempatan ini diambil oleh org ramai utk mengadakan pelbagai majlis.
Especially majlis pertunangan dan perkahwinan. Tak lupa juga majlis berkhatan,
kerna cuti sekolah hujung thn pun akan tiba... lalalalala...

Bersempana dgn menyambut ketibaan 2011 dan cuti sekolah ni, 
andai saja bakal2 pengantin di luar sana memerlukan bantuan pakar utk menghias barang2 hantaran,
kami di jarijemariEVENTS menyediakan pakej menarik untuk anda!!

Pakej Gubahan Hantaran pada harga yg sgt istimewa dan berpatutan. 



Gubahan hantaran ~ fresh flower
Harga bermula dr RM30-RM65

Untuk pakej 7 dulang hantaran
Harga Pakej dr RM210- RM400

Charge termasuk:
Pahar - material: besi with rough iron effect + 1’x1’ white painted glass
5 hingga 20 kuntum bunga + hiasan bunga halus keliling pahar (fresh flower)
*promosi sah untuk tahun 2010 shj

Kami juga menerima tempahan untuk gubahan yg menggunakan artificial flower.
Hubungi kami utk sebarang permintaan & pertanyaan.
JJJ


*Update: Sila dapatkan kadar harga terbaru untuk gubahan hantaran di sini

‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

October 13, 2010

Khushairy & Suryana 10.10.10 (Part 2)


Assalamualaikum semua...
Selesai sudah wedding pd 10.10.10 baru-baru ni.
Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar...
Kerana sebahagian besar gubahan yg menggunakan artificial flower spt:-
Door Gift tuk Mlm Berinai, Majlis Khatam AlQuran, Dekorasi tuk Meja Makan Beradap & Bilik Pengantin
telah dibuat lebih awal

*Wedding Gift & Favour - utk Malam Berinai Kecil

*Wedding Gift & Favour - untuk Majlis Khatam Al-Quran

*Pin baju untuk 'Penanggah' (last minute request dr mak pengantin)

Untuk 'Feature Wall' & Meja Makan Beradap kami  menggunakan 80% fresh flower.
Oleh itu kerja2 mengubah hanya dimulakan pd pagi Sabtu 9.10.10

*Feature wall : sama tak dgn sketch sblm ni?

jarijemariEVENTS mengucapkan berbanyak terima kasih kpd Khushairy & keluarga
kerana sudi menggunakan service kami.
Doa kami semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan-Nya
& akan kekal abadi selamanya serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
InsyaAllah.

 Sesungguhnya kita merancang yg terbaik... Allah jua yg menentukan
Difahamkan nenek saudara Khushairy yg dtg untuk sama2 meraikan majlis perkahwinannya
telah kembali ke Rahmatullah tengahari Sabtu itu.
Maka Majlis Berinai Kecil pd mlm 9.10.10  dibatalkan & digantikan dgn majlis tahlil untuk arwah.
Kami mengucapkan Salam Takziah buat Khushairy dan seisi keluarga.
~Al-Fatihah~ Almarhumah Hjh Maimon binti Hj Leman




‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

October 2, 2010

Bunga Telor v/s Lilin


Salam semua...

Kali ni nak share dgn semua yg intai2 blog ni tentang ‘Wedding Gift/ Favour'.
Biasanya untuk majlis perkahwinan melayu, Bunga Telor pasti akan jadi pilihan utama
untuk diberikan kpd para tetamu sbg tanda appreciation kerana sudi hadir.

Bunga Telor secara simboliknya mengambarkan penyatuan hidup
pengantin perempuan-bunga dan pengantin lelaki-telor. Ikut kata org dolu2, Telor itu sendiri sbg symbol kemakmuran dan kesuburan buat pasangan pengantin moga2 dikurniakan zuriat yg ramai.!
(waahh! hebatkan analogy org dolu2x?) JJJ

Tapi skrg pelbagai alternative barangan yg boleh diguna pakai utk mengantikan Bunga Telor
contohnya spt ini.....



Mini Block Candle - RM4/pc (complete with deco)
minimum order: 20pcs


Candle as wedding favour...?? practical juga kan?
Guests boleh guna, mahupun simpan & ‘pandang2’ item itu walau pun selepas majlis berakhir...
Apa2 pun yg paling penting setiap pemberian itu tetap menunjukkan
tanda terima kasih & penghargaan kpd tetamu dgn kesudian mereka dtg meraikan majlis.

Berminat?? Call saja ...JJJ



‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

September 24, 2010

Khushairy & Suryana ~ 10.10.10 (Part 1)


Salam AidilFitri kpd semua...
Alhamdulillah... kita masih dlm suasana AidilFitri.

Krew jarijemariEVENTS beraya ala kadar jer.. thn ni
ziarah & bermaafan dgn keluarga & sanak saudara terdekat jer.
maklumlah... skrg ni busy dgn planning & persiapan
untuk wedding pd 10.10.10 nanti.

 *Wedding card design: jarijemariEVENTS

 *Sketch: Bilik Pengantin

*Sketch: Feature wall

 
Apakah hasil kerja sebenar akan sama dgn sketches di atas tuk majlis ni nanti?
Tungguuu... dlm post yg akan dtg...
~InsyaAllah~




‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

September 16, 2010

Jamuan AidilFitri ~ 2 Syawal (Post)


Alhamdulillah... Syukur kpd Allah SWT
Majlis pd 2 Syawal lalu berlangsung dgn sederhana tetapi meriah!


 
 Seawal 11.30 pg, hidangan yg membuka selera telah siap-sedia,


'Packet & Goodie' Raya disusun ala2 pyramid.


Tuan Rumah xsabar menanti ketibaan anak2 jemputan.


Lebih kurang 12.30 tgh yg dinanti pun tiba... dgn bas Biru Okey!

Majlis dimulakan dgn kata2 aluan wakil Tuan Rumah, diikuti bacaan doa.
Seterusnya MAKAN time!!!


*cupcakes tajaan Berryliciouscakes


*sumbangan 'Packet & goodie Raya'


*Antara yg hadir...~Anak2 Tunas Harapan & Kariah Masjid Rahmaniah, Kg Permatang


jarijemariEVENTS mewakili Tuan Rumah,
mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua penyumbang & penaja
serta individu2 yg terlibat secara langsung & tak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Hanya Allah saja yg dpt membalas sumbangan ikhlas korang semua.
Mudah2an ada rezeki di masa hadapan kita brjumpa lagi.
~InsyaAllah~




‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

September 8, 2010

Jamuan AidilFitri ~ 2 Syawal (Pre)


Assalaamualaikum wrbkth
Salam AidilFitri pd semua pembaca...

Telah menjadi tradisi keluarga Pak Hj. Ali (allahyarham) & Pn Hjh. Salmah
sejak lebih sedekad yg lalu
menyambut AidilFiri bersama anak2 yatim pd 2 Syawal.

Within masa yg agak limited (tinggal 2 minggu je dr tarikh majlis),
jarijemariEVENTS sedaya upaya merealisasikannya dgn sebaik mungkin.

Segala persiapan dibuat dari ~
*confirm date dgn Pengetua Rumah Anak2 Yatim
Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, K. Sel
*jumpa AJK Masjid Rahmaniah, Permatang tuk confirm anak2 yatim di Kariah Kg. Permatang
*confirm transportation, canopy, menu etc...
*cari goodie bags beserta PENAJA sekali - terima kaseh kpd semua penaja :)

*deco RayaGift tuk anak2 yatim kali ni...


jarijemariEVENTS mendoakan semoga
majlis meraikan anak2 yatim ni akan berjalan dgn lancar...
dan diberkati oleh Allah SWT~amin




‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

September 4, 2010

Salam Aidilfitri



Kita berada di minggu terakhir Ramadhan
Lepas ni Syawal pula mengambil kitaran
Selamat tinggal Ramadhan... Semoga kita kan jumpa lagi thn depan. 
~InsyaAllahh...*sebut cam MaherZain :)

Nahh Aidilfitri... 
Mood ni dah mood ~baaalik kampunggg! oh~oh~oh..baaalik kampunggg!..
Tapi pada masa yg sama, dalam kepala tetap 'mereka-reka'
Especially tuk event yg confirmed pd Aidilfitri ke-2 nanti...

Apa pun kami di jarijermariEVENTS ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin
kpd semua muslimin dan muslimat 

dgn p/s:
berhati2 di jln raya & selamat menikmati discountRAYA di Tol2 yg terpilih. hahahha..



‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

August 21, 2010

Officially...Kini Dibuka!!!!!

Salam Ramadhan buat semua pembaca...
Thx sbb sudi menjengah sambil jamu mata di Blog ni.

Yeaa.. jarijemariEVENTS kini officially dibuka!!!!!!!!!
tapi bknlah bermaksud ia dibuka siap dgn Butik/Kedai/Showroom bagai... Not yet at the moment! J
Kami masih lagi mengekalkan ‘cute’setup & beroperasi dari rumah shj.
Oleh itu segala urusan hanya 'BY APPOINTMENT ONLY' yer...
Ia lebih mudah buat masa ini.

Bertepatan dgn 'tagline', ‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’ memberi satu kepuasan kpd team kami sekiranya dpt sama2 berkongsi idea & membantu merealisasikan majlis impian anda semua.

Buat bakal2 Raja&Ratu Sehari & to all potential clients, di sini kami menawarkan:-

PAKEJ DEKORASI PERKAHWINAN
(menggunakan fresh/ artificial flowers)
Untuk Pelamin Utama, Gubahan Hantaran, Meja Makan Beradap, Bilik Pengantin, Wedding Favors & lain2.
Dekorasi untuk lain2 majlis spt:- Majlis Bertunang, Aqiqah, Baby Shower & Birthday Party .

Lain2 servis:-
- Perancang Majlis – Fotografi – Katering – Gubahan Hamper & lain2

Tempahan & Bayaran
Sebarang tempahan sebaik2nya dibuat atleast 6-3 bln sebelum majlis dilangsungkan. Jika keadaan mengizinkan, kami tetap akan 'entertain' andai sj ada tempahan yg dibuat di saat2 akhir.
So do not hesitate to check on our availability yeah!

Untuk tempahan/petanyaan, sila nyatakan No H/P, EMAIL (jika ada), TARIKH, LOKASI di mana majlis diadakan & SERVICE yg mana diinginkan (cth: dekorasi utk hantaran/pelamin/ meja makan beradap... dsb).
Jgn malu2 untuk kongsikan bagaimana gambaran citarasa/dekorasi & theme colour yg diinginkan. InsyaAllah team kami akan menzahirkannya... Jgn risau tiada bayaran untuk kosultasi. It’s FREe!!!!JJJ

Setiap confirmed booking, 50% deposit diperlukan untuk ‘lock date’ dan bakinya dibayar pada hari kami turun ke lokasi. Deposit dimasukkan ke CIMB 1425-XXXXXXX-XXX--LAILI MAT ALI dan bukti pembayaran perlu di SMS/email ke 019-3149135/ 012-3716521/ jarijemari10@gmail.com
***note: No.Akaun akan diberi melalui SMS***
Deposit yg telah dibuat akan dikira HANGUS sekiranya 'confirmed booking' dibatalkan disaat akhir.

Feel free tuk call atau email kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis di sini.

Lily 019-3149135
Lina 012-3716521
jarijemari10@gmail.com




‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’

August 14, 2010

Pertama Kali...



{al-hamdulillahhh}
ambil berkat Ramadhan :)
 
Setelah sekian lama ia dijalankan secara offline.
 jarijemariEVENTS kini dah ada BLOG! - it's going to be ONLINE now! yeay!!
(kira menyahut 'panggilan pulau' K'jaan- apa katanyer "MANFAATKAN INTERNET")

 Nak tau apa yg bakal ditawarkan oleh JJE??
 TUNGGU next post okey!



dari:
yg selama ni buta IT,
kerana xchentakan IT mcm Siti :p


‘Majlis Impian Anda Direalisasikan Di sini...’